Assignment Type
Subject
Uploaded by Malaysia Assignment Help
Date
Tugasan ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar membincangkan falsafah dan aplikasinya dalam kehidupan.
KEPERLUA
Soalan berdasarkan maklumat di bawah.
Mahatma Gandhi | Sidarta Gautama | Plato |
Kung Fu Tze | Muhammad bin Abdullah | Aristotle |
Socrates | John Stuart Mill | Ibn. Khaldun |
Berdasarkan nama-nama tokoh di atas, jawab soalan berikut:
a. Pilih mana-mana tokoh yang disenaraikan diatas (boleh memilih lebih daripada seorang tokoh), Jelaskan bagaimanakah pemikiran falsafah tokoh tersebut mempengaruhi anda dalam usaha membentuk diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani? Kaitkan falsafah tokoh tersebut dengan pengalaman anda dalam menangani cabaran kehidupan kini.
b. Apakah kata-kata atau petikan (quote) falsafah daripada tokoh di atas yang memberi kesan kepada falsafah hidup anda kini? Jelaskan sebab-sebab anda memilih kata-kata atau petikan (quote) tersebut.
c. Andaikan anda diberi peluang untuk bertemu dengan mana-mana SATU tokoh di atas, siapakah yang akan anda pilih? Jelaskan sebab-sebab anda ingin bertemu dengannya dan kongsikan 2 perkara utama yang ingin anda sampaikan atau tanyakan kepada beliau sebagai panduan dan pedoman hidup anda dalam menelusuri kehidupan ini sebagai pelajar dan pekerja.
d. Bayangkan anda menulis** kapsul masa (time capsule) untuk 20 tahun akan datang dan kemudian kapsul masa tersebut dijumpai oleh ahli falsafah pada masa tersebut. Apakah nasihat atau pandangan yang akan anda kongsikan untuk membantu / membimbing perjalanan falsafah mereka?
Anda boleh berpandukan soalan-soalan di bawah untuk memberikan pandangan atau nasihat untuk kapsul masa tersebut:
i. Apakah tujuan falsafah yang sebenar dan bagaimanakah falsafah mempengaruhi cara masyarakat berfikir dan bertindak?
ii. Bagaimanakah kemajuan teknologi ketika itu? Perlukah berlandaskan falsafah tentang etika, moral, dan nilai kemanusiaan? Apakah implikasi dan cabarannya jika tidak berlandaskan falsafah yang betul?
iii. Apakah isu, cabaran atau persoalan falsafah yang berkaitan dengan agama yang kritikal dan perlu diberi perhatian?
iv. Bagaimanakah sumber ilmu yang menjadi rujukan utama ketika itu? Adakah masyarakat merujuk sumber yang tepat dan betul?
v. Adakah akan muncul lagi bentuk ideologi baharu yang diterima oleh masyarakat? Sejauh manakah ideologi itu benar atau tidak?
Anda dikehendaki melaporkan pengalaman penemuan anda dalam bentuk refleksi. Laporan tersebut perlu menceritakan pengalaman sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini dengan menggunakan Teknik; Kelebihan (Plus), Kelemahan (Minus) dan Menarik (Interesting). Maklumat adalah seperti di bawah;
Kelebihan (Plus): | Apakah kelebihan sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini? |
Kelemahan (Minus): | Apakah kelemahan / kekurangan sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini? |
Menarik (Interesting): | Apakah yang menarik sebelum, semasa dan selepas menyiapkan tugasan ini? |
Syorkan bagaimana saya memperbaiki bahagian “Minus”. | Bagaimanakah saya akan membaiki kelemahan yang secara tidak langsung membantu saya sebagai seorang pelajar dan pekerja. |
Bincangkan topik berkenaan di dalam forum dan hantar bukti penglibatan forum dalam perbincangan dalam talian.
Rujuk soalan-soalan yang dimuat naik dalam e-Lesson Week 1 di myINSPIRE.
** Tugasan 3, tidak termasuk dalam jumlah patah perkataan tugasan
Peringatan Penting:
Terdapat AKTIVITI DALAM TALIAN yang perlu dilaksanakan oleh pelajar yang mengikuti kursus ini bagi semester Mei 2024 yang mengandungi 10 markah. Aktiviti dalam talian ini boleh didapati pada e-Pelajaran Minggu 5 hingga e-Pelajaran Minggu 10 dalam myINSPIRE.
Sila rujuk pengumuman dalam myINSPIRE dari semasa ke semasa untuk tarikh dan masa berkaitan aktiviti tersebut.
Need help with your MPU3192: Falsafah Dan Isu Semasa 2 assignment? Malaysian students can rely on our assignment helper Malaysia for expert support. Looking to do my assignment for me? Our team is ready to assist with precision. We also offer exceptional case study writing services to make sure your assignments are completed accurately and on time. Pay our professionals for reliable help and boost your grades with ease!